Kuman hama yang ditunjukkan
adalah gambaran dekat menggunakan kaedah mikroskopik (microscophic). Kuman
tersebut sebenarnya adalah hama yang selalu dikaitkan dengan gejala terasa
ingin bersin. Ia kemudian akan membiakkan telurnya ke dalam tubuh sekiranya
tiada apa-apa tindakan atau ubat diambil untuk memeranginya. Oleh itu, elakkan
dari mencium / menghidu karpet, langsir atau tempat-tempat berhabuk. Juga
diingatkan, kucing merupakan penyumbang terbesar mengenai kuman seperti ini.
Elakkan dari mencium-cium kucing kesayangan anda dengan terlalu 'over'. Mesej:
Bayangkan kuman sebegini rupa dibiar berkeliaran, membiak dalam badan anda
tanpa sebarang kawalan.
Gambarajah menunjukkan; tempat
utama yang selalu menjadi pembiakan kuman resdung. Terjadi begitu kerana
saluran di situ adalah deria pernafasan di mana udara keluar - masuk. Di kala
sedutan udara berlangsung, sedikit-sebanyak akan membawa kuman / bakteria
masuk. Setiap manusia mengalami proses ini - tak dapat nak dielakkan. Jadi;
adalah tanggungjawab kita memastikan saluran ini dijaga serta dibersihkan
dengan baik.
‘Resdung' melalui istilah
kedoktoran: penahanan mukus yang disebabkan oleh pembengkak-an membran (sel
lapisan kulit). Bengkak ini terjadi kerana saluran tersekat. Mukus adalah
bahasa saintifik kepada cecair berupa lendir (hingus) yang ada di dalam tubuh
manusia. Petanda paling ketara mukus berlebihan adalah kulit wajah berminyak.
Minyak yang boleh mengakibatkan wajah kusam dan lebih teruk lagi; jerawat dalam
bentuk bisul atau bernanah.


No comments:
Post a Comment